tsunami
bile tsunami melanda japan 11 mac 2011 (1.46pm) aritu, rata2 news kt tv adalah pasal reactor nuklear, radiasi n pasaran saham japan yg jatuh merundum. utk info korg, japan adalah sebuah negara yg dikenali sbg negara yg mempunyai ramai penduduk warga emas.mengikut majalah National Geographic, edisi November 2005, The Secrets of Long Life.team national geographic cuba menggali rahsia panjang umur di beberapa kawasan dunia, termasuklah kepulauan Okinawa, Jepun. kt Okinawa, 58 daripada setiap 100,000 penduduknya berusia lebih 100 tahun. Mereka dikenali dengan nama perabad (centenarian). kt seluruh Jepun, Kementerian Kesihatan mencatatkan 40,399 perabad dalam rekodnya tahun lepas. so, xheran la kalau di Jepun ada hari cuti kebangsaan yang dinamakan Hari Penghormatan kepada Penduduk Emas yang disambut setiap 21 September.
hmmm bercerita mengenai tsunami yg melanda japan recently, ade yang telah memecahkan nombor2 kepada suatu peringatan kejadian yg terdapat dalam Al-Quran. sila klik PERINGATAN AWAL .xkurang jugak ade yg dah dpt bygn bhwa akan terjadi tsunami dgn adenye ikan2 sadin terdampar kt laut; melarikan diri.mungkin.
ikan2 sadin yg terdampar tepi laut |
nuklear reactor
sementelah org bercerita mengenai bencana alam itu, xkurang jugak cerita gempar mengenai reaktor nuklear yg habis musnah dan kemungkinan berlaku radiasi besar-besaran dipaparkan di dada2 akhbar dan televisyen. tp sebenarnye adekah kite tahu apekah nuklear ni?apekah kegunaan nuklear2 semua ni? hmm setelah reseach, dptla share ngn korg sedikit sbyk hal ni..
tenaga nuklear adelah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. tenaga ni bleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear mcm pereputan radioaktif and pembelahan or pelakuran nuklear. selain tu, mende ni merujuk gak teknologi or industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder.cm tenaga elektrik yg kite consume hari2 tu. tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. loji komersial ni guna reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik.so reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
stakat ni US menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan dgn perancis menghasilkan peratusan tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006. kt Kesatuan Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. dasar tenaga nuklear berbeza antara negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland, tidak mempunyai stesyen tenaga nuklear aktif.
kenape pmbinaan reactor ni besenye kt tepi laut? hmm sbb air laut ni digunakan utk cooling plant nuklear nih. reactor nuklear xbleh pns sbb tkt mencair n terlakur.. ni semua akibat overheating. so utk prevent overheating, plant dibina tepi laut. overheat sgt sgt sgt bhaya sbb kalau belaku reactor melting, ia akan melepaskan bahan radiasi yg amat bahaya dan mengancam nyawa.
nuklear reactor di malaysia?
tp starting from last year, ade ramai org cerdik pandai kate kite perlukan loji nuklear kite sendiri. MALAYSIA PERLU LOJI NUKLEAR, berita harian 2010 ngara kite serius giler nk bina loji nuklear ni. sehinggalah pd bulan september PELAN INDUK LOJI NUKLEAR DI MALAYSIA dikeluarkan. entahla..agak2la kite ni ptt ke ade loji kite sendiri? adekah kite perlu janakuasa elektrik gune nuklear?hope kerajaan dpt buat yg terbaik. sbb ni berkaitan dengan nyawa penduduk. krisis tsunami and masalah reactor di japan amat menyayat hati ramai meninggal dunia dan masih ramai yg hilang. kasihan japan. letupan reactor ni da meragut byk nyawa n telah ramai penduduk sekitar yg telah terdedah kpd radiasi akibat LETUPAN GAS HIDROGEN.
saham komposit index (nikkei terutamanya)
mengenai saham, kejatuhan index nikkei di pasaran saham btl2 memberi impak kepada malaysia. mcmane plak malaysia bleh terasa kesannya?lepas second war, japan merupakan pelabur terbesar kt malaysia sampai hari ni. even tiap2 tahun kita ni konon2 membangun, tp kita sebenarnya masih sangat bergantung kepada kuasa luar/keutuhan ekonomi negara luar. buktinya, penggulingan kuasa di libya baru2 ni memberi impak luar biasa terhadap kite penduduk malaysia di mana kite ni kn amat bergantung pd mereka dlm industri minyak..kemudian japan plak.. baru2 ni proton baru jek menandatangani perjanjian ngan nissan. dpt x korg bygkn apekah kesannye bencana ini kepada Malaysia yang sangat bergantung kepada japan?bank negara japan dh pun mengumumkan bahawa mereka akan menyuntik wang yang sgt besar dlm sejarahnya, 15 trilion yen utk bantu ekonomi, pemulihan selepas bencana dan pembinaan semula negara itu.. selain malaysia, negara lain pun terima tempias gak. mujo banyak kilang milik japan yang membekalkan pelbagai benda berada di negara lain seperti thailand, vietnam, laos dan sebagainya. tp, kejatuhan lebih 5 mata pasaran saham japan sebenarnya memerlukan kekuatan besar bagi mengimbangi senario global skg nih. sila klik sini KESAN PELABURAN JAPAN KPD MALAYSIA berita harian 2011
ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata bhw harga saham kt Bursa Malaysia mungkin didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan sbb pelabur xnk amek risiko ekoran kebimbangan terhadap krisis libya dan jangkaan kemelesetan ekonomi susulan bencana di japan. “Kesan tsunami di Jepun dengan Yen dan Nikkei susut ke paras rendah dalam masa dua minggu serta ketidaktentuan harga minyak di Arab Saudi dengan minyak mentah mencecah paras tinggi dalam masa 27 bulan pada AS$120, bersedia membawa kepada penurunan itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment