hmm kecoh kejap industri bile ade pihak mendakwa terdapat kes buli di mrsm kuantan; singkatan name untuk maktab rendah sains mara. tp bila difikirkan semula, puan rozita xseharusnya beri kenyataan sebegitu dan mengaibkan seluruh institusi pelajaran yang disanjung anak2 luar bandar.."belajar rajin2 ye, nanti kalau upsr dapat 5a boleh masuk mrsm" dialog cmni kite sering dengar dari pihak ibu bapa..tp bile puan rozita memberi kenyataan akhbar tanpa berfikir impak yg akan tejadi ke atas imej mrsm, saya kecewa. mengapakah terdapat insiden sebegini.
insiden yg dinyatakan di akhbar, telah djelaskan oleh pihak mrsm kuantan sendiri melalui blog tidak formal mereka iaitu MRSM KUANTAN-perkebunan ilmu
rozita che wan |
ikuti kenyataan dari puan rozita ketika ditemubual,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.
“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.
“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.
“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.
“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.
“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.
sekarang kita ikuti apekah pula penjelasan dari pihak mrsm sendiri melalui blog mereka.
Pertama: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain
Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidak superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.
Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal peajar lebih senior "membuli" pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.
Ketiga: - Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,
Keempat : Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.
Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan. Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak. Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.
So, eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families jer lah... MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen jer yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....

setelah anda baca kedua2 statement ni, terpulanglah pada anda untuk menjadi juri...sebagai ibu bapa, sudah semestinya kebajikan anak2 menjadi priority dlm kehidupan. tp sebagai ibu bapa jugakla kematangan dan rasional itu penting. tidak perlu menghebahkan 1 dunia cerita yang kurang tepat.sekiranya puan rozita kurang pasti dgn apa yg berlaku, puan rozita pastikannya dulu dgn pihak sekolah, bukan merambu2 mcmni.ape2pun, kite doakan aje agar insiden seperti ini tidak mengaibkan mane2 institusi pelajaran lain.kepada para guru, pastikan disiplin pelajar di institusi sebegini tidak bermasalah. pelajar juga, berfikirlah sebelum bertindak. kerana dgn 1 sentuhan; sekiranya mematikan atau mencederakan, anda berada dlm posisi bermasalah. xkisahla kene provok or kene caci...chill je...sbb org yg chill ni lg ok bbnding org yg memprovok tu.
hmm mcm2 kalau dah artis nih.dulu penah buat hits kate nk berenti, tp xberenti2 jugak dari industri.agaknye mmg suke kot dpt 'lepak' muke depan akhbar2.haha.artis,biasala...
hmm pasni gejala2 xsihat kt sekolah berasrama, harap dihapuskan.dulu time sy dok asrama, xde plak insiden2 cmni.pemantauan berterusan akan meningkatkan lg tahap disiplin.tq.dah mcm pengetua sek plak mebebel.ok full stop.zippp!!!!
acknowledgement : blog perkebunan ilmu,mrsm ktn.
emo!
ReplyDeletesiapekah?
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)